Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai spesis ikan piranha yang ganas dan memakan apa saja lalu di hadapan mata ia termasuklah manusia seperti dalam filem-filem Piranha daripada tahun 1960-an lagi.
Haiwan yang mempunyai muka yang garang dan gigi yang tajam serta taring yang panjang memudahkan ia untuk membaham dan meratah mangsa di dalam air dan permukaan air.
Kita lihat gambar-gambar selepas serangan ikan Piranha ini dan keadaannya agak sadis dan mengerikan. Untuk yang lemah semangat dinasihatkan jangan lihat gambar yang seterusnya ya!
Tapi terpulang pada anda sendiri untuk menilai gambar di atas ini sama ada ianya adalah benar daripada serangan ikan piranha atau sekadar prop untuk filem Piranha di Hollywood. Maklum sajalah filem Piranha cukup laku di pawagam apabila ditayangkan. Hoh!
Wednesday, 31 July 2013
Tuesday, 30 July 2013
Rotan Tak Siap Kerja Sekolah- Bapa Buat Laporan Polis
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama
Labels:
berita
Parah!!! Pelakon Tertikam Tangan Sendiri
Keadaan tangan kanan Shukri yang cedera. - Foto Media Hiburan
PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.
Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.
Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.
"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.
Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.
Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan. Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.
Monday, 29 July 2013
Gambar Adi Putra Sebelum Dan Selepas Terkenal
Gambar Adi Putra Sebelum Dan Selepas Terkenal | Siapa tidak kenal dengan artis kacak ini dan memiliki badan tegap iaitu Adi Putra yang sangat menyinar dalam drama percintaan dan juga aksi. Beliau sangat berbakat dalam drama percintaan dan aksi stunt di dalam KL Gangster.
Labels:
gambar
Sunday, 28 July 2013
ANAKKU TOLONG PINDAHKAN KUBURKU
Sekadar gambar hiasan
Anakku Tolong Pindahkan Kuburku | Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.
Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.
Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.
Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun... namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri.
Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.
Labels:
agama
Isu Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati: Sham Kamikaze dihentam teruk!
Malang menimpa nasib Sham Kamikaze apabila beliau telah dihentam kerana slot ceramahnya di TV Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan pendengar. Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk “Hadiah Kepada Si Mati” telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.
Bekas pemain gitar kumpulan rock ini menyatakan…,
“Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum..”
“Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum..”
Berikutan itu, bekas artis ini telah mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut di dalam laman Facebook beliau.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Labels:
agama
Status Facebook Terakhir Aleesya Farhana..
Assalamualaikum semua. Korang pernah tak terbaca status facebook orang sebelum dia sebelum meninggal dunia?
Tadi aku terbaca blog stress gila dan rasa tertarik nak share dengan korang semua pasal ni…
Status facebook Aleesya Farhana..bukan status biasa tapi status akhir Aleesya Farhana sebelum dia disahkan meninggal dunia. Innalillah…AL fatihah Buat beliau
Labels:
info
VIDEO: Lelaki di Bunuh dan diAibkan di Arau. Sangat KEJAM
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa diberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan.
Difahamkan, mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air itu sengaja diaibkan dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan dendam akibat perempuan.
Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.
“Menurut mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya patung diletakkan bagi menghalau binatang memakan buah-buahan di situ, namun sebaliknya ia adalah mayat lelaki yang diikat di tangga dengan mulut, tangan, kaki serta matanya juga diikat kain hitam.
Labels:
berita
Subscribe to:
Posts (Atom)