Thursday 22 August 2013

Pemain Kelantan Sah Ambil Dadah!


SEORANG pemain simpanan Kelantan ‘menconteng arang’ kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila disahkan terbabit dalam isu penyalahgunaan dadah ketika perlawanan akhir Piala FA 29 Jun lalu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak kelantan yang enggan dikenali berkata, terdapat salah seorang pemain simpanan The Red Warriors dikecualikan daripada sesi latihan, selepas gergasi Pantai Timur itu menjulang Piala FA kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain berkenaan, sebaliknya hanya mahu menunggu hari memberi keterangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan.

“Buat masa sekarang, pemain berkenaan tidak dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan. Kita mungkin tidak akan melakukan ujian doping kedua, sebaliknya akan menunggu hari memberi keterangan dan menerima apa saja hukuman yang dikenakan oleh FAM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jika didapati bersalah,pemain yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah itu berkemungkinan bakal berdepan hukuman berat digantung seumur hidup oleh FAM.

Tertuduh yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan didapati bersalah selepas positif dadah menerusi ujian doping selepas perlawanan antara Kelantan dengan Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berakhir.  Dalam aksi kemuncak Piala FA itu, Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan hasil kemenangan 1-0.

Butler Bengang Tidak Dapat Jawatan Pengarah Pembangunan Bolasepak Negara Dari Khairy!

Peter Butler, jurulatih kontrovesi yang kini 'digantung tidak bertali', sekali lagi menimbulkan kontrovesi apabila mengutuk perlantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan kelmarin. 

Dalam laman twitter beliau, Butler mengatakan perlantikan Teong Kim sebagai belian murah kerajaan Malaysia yang sudah tidak mempunyai apa-apa pilihan. Tindakan Butler mengundang marah ratusan pengikut dilaman twitter yang menganggap kenyataan beliau itu sebagai kurang tepat dan menghina Teong Kim dan kerajaan Malaysia. 

Butler terus melihatkan keegoaan diri beliau apabila terus melancarkan tweet menyelar pengikut-pengikut yang memarahi beliau dan keadaan memuncak apabila beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Penulis Malaysia (SAM), Sdr Ahmad Khawari Isa yang menasihatkan beliau untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. 
© Beritapantas2u
Berang dengan kenyataan Khawari, Butler melancarkan pula serangan peribadi kepada Khawari dengan menggelarkan beliau sebagai badut dan individu yang tidak layak mempertikaikan kenyataan beliau. 

Tindakan dan kenyataan Butler, yang dilabelkan sebagai antara jurulatih asing paling tidak berjaya di Malaysia, dianggap sebagai kurang ajar dan tidak boleh diterima. Puluhan 'retweet' dilancarkan untuk mengecam beliau yang terus ego mempertahankan tindakannya. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Butler sebenarnya kecewa apabila beliau yang terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Sdr Khairy Jamaluddin gagal mendapat kepercayaan Khairy untuk memegang jawatan tersebut. 

Friday 2 August 2013

Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Daging Import Di Pasaraya


Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Daging Import Di Pasaraya. Mengapakah? | Selepas seluruh Eropah gempar dengan skandal daging kuda sepanjang minggu ini, pihak berkuasa United Kingdom (UK) semalam mendedahkan keputusan ujian DNA ke atas produk daging lembu mereka selepas menyerbu tiga firma makanan.

Menurut Agensi Piawaian Makanan UK, daripada 2,501 ujian yang dijalankan ke atas produk daging lembu semalam, 2,472 daripadanya didapati tiada kandungan daging kuda.

Laporan BBC menyebut sebanyak 29 ujian didapati positif melibatkan tujuh produk yang dijual oleh pembekal. Menurut agensi itu lagi, sebanyak 962 ujian akan dijalankan lagi manakala 10,000 produk akan kekal diuji.

Produk daging lembu yang menjalani ujian termasuklah makanan sejuk beku dari pasar raya gergasi Tesco, Aldi and The Co-operative termasuk daging lembu yang dikeluarkan oleh pembekal Rangeland. Sebanyak 15 ujian didapati positif mengandungi daging kuda dalam produk lasagna iaitu antara produk yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.

Pengarah Teknikal Tesco, Jim Smith berkata yang mereka tidak akan lagi bekerjasama dengan pembekal yang menjatuhkan standard mereka. Siasatan kini masih lagi diteruskan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.

Sepanjang minggu lalu, daging kuda didapati bercampur dengan produk daging lembu ditemui dalam pelbagai produk dan dijual meluas di negara-negara Eropah termasuk UK, Perancis, Sweden, Switzerland, Jerman dan Ireland.

Ada tikus dalam makanan ini

Apa yang akan anda lakukan jika situasi ini berlaku kepada anda? Nak saman? muntah? apa lagi? haha


Thursday 1 August 2013

NGERI..RAYUAN MAKCIK DI BAWAH TAYAR LORI [5 FOTO]

Ngeri Rayuan Makcik Di Bawah Tayar Lori - Makcik ni dilanggar sebuah lori tangki ketika menunggang Motosikal.Dia tersepit dibawah tayar lori dan merayu diselamatkan.

Apa ada dalam getah rambut buatan China ini ?


Apa ada dalam getah rambut buatan China ini ? | Getah rambut yang berwarna-warni dengan harga yang murah pasti menjadi pilihan orang perempuan. Awas ! ini ada satu penemuan yang sangat mengejutkan . . . terutama getah rambut berwarna-warni buatan China. Tahukah anda bahan apakah yang digunakan untuk membuat getah rambut murahan tersebut ? Pasti anda akan terperanjat jika mengetahuinya.

Getah rambut ini telah diperbuat daripada kondom terpakai yang diguna semula untuk tujuan kos penjimatan dan keuntungan yang lebih seksual, Sangat menjijikkan dan di khuatiri boleh menyebarkan penyakit. Periksa-periksalah getah rambut yang isteri atau anak perempuan anda gunakan.




Jijik . . . inilah kondom terpakai yang digunakan.