Friday, 29 November 2013

Ayu 20sen Kini Sudah Bergelar Nenek

Keratan akhbar dari Utusan yg buat saya tersenyum lebar ...."Ayu 20sen" ( Filem Seniman Bujang Lapok) yg tetap cute walaupun dah bergelar nenek sekarang..sejahtera ke atas beliau selalu! Nama penuhnya Sri Rahayu Sudarmaji...now dah 61thn...ramai kenalannya tak tahu bahawa dialah "Ayu 20 sen"


LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013


Maharaja Lawak Mega 2013 kembali lagi dengan minggu ke-4.Saksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Thursday, 28 November 2013

Senarai Penuh Pemain Johor Darul Takzim II 2014



Berikut adalah senarai penuh nama pemain JDT II pada tahun 2014

1. K Sasi Kumar
2. Afiq Amin
3. Fazly Mazlan
4. Azni Taib
5. Hazsyafiq Hamzah
6. See Kok Luen
7. Zaquan Adha
8. Braulio Nobrega
9. Nursalam Zainal
10. Akmal Ishak
11. Rozaiman Roslan
12. Rizal Ismail
13. Fandi Ahmad
14. Hairul Nizam
15. Hardy Charles
16. Shahril Ishak
17. Shahrudin Yakup
18. Alif Yusof
19. Syafuan Riduwan
20. Zulfadli Mohamad
21. Judtanna Eh Put
22. Azahar Eidros
23. Yusof Zainal
24. Rafie Rahim
25. Rashid Halim
26. Syafizullah Wahab

Samun Wang Amanah Ikhtiar…Suspek Dapat Hukuman ‘CASH’ Di Dunia!

Samun Wang Amanah Ikhtiar...Suspek Dapat Hukuman 'CASH' Di Dunia, Mati Langgar Lori!

Samun Wang Amanah Ikhtiar...Suspek Dapat Hukuman 'CASH' Di Dunia, Mati Langgar Lori!

DUA pencuri maut manakala seorang berjaya melarikan diri selepas kereta curi yang dipandu mereka merempuh sebuah lori di Kampung Temin dekat Sungai Siput semalam.

Tidak lama sebelum itu, mereka telah mencuri kereta itu dari pemiliknya yang juga seorang wanita.

Wanita itu ketika kejadian, sedang dalam perjalanan untuk mengutip beberapa bayaran pinjaman.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supritendan Azman Salim berkata seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Sungai Siput.

Menurut beliau, suspek ketiga berjaya melarikan diri dalam sebuah lagi kereta dan ketika ini pihak polis sedang menjejakinya.

“Siasatan mendapati, seorang daripada suspek yang meninggal dunia berusia 37 tahun dari Kuala Kangsar manakala seorang lagi berusia 42 tahun berasal dari Sungai Siput.

Azman berkata mangsa yang berusia 22 tahun yang bekerja dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ketika insiden sedang mengutip bayaran pinjaman apabila kereta Proton Saganya dihalang oleh sebuah kereta Proton Wira dengan tiga suspek di dalamnya.

“Daripada tiga suspek, seorang bersenjatakan parang keluar dari Proton Wira dan memaksa mangsa keluar dari keretanya.

“Mereka kemudian melarikan Proton Saga dan kemudian merempuh sebuah lori,” kata Azman.

Beliau berkata polis berjaya mendapatkan semula kereta mangsa dan menjumpai semula wang tunai di dalam keretanya.

Pegawai Polis 'malu', Foto Tersebar di Internet


SEORANG anggota polis muda tidak terkata apa-apa dan hanya tersenyum apabila diberitahu tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan dirakamkan dan tersebar luas di Internet.

Gambar tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang pemandu tidak dikenali itu turut dimuatkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setakat tengah malam tadi, lebih 6,000 pemilik akaun Facebook telah menanda Like sebagai tanda sokongan dan pujian terhadap polis muda itu.

China Press menggambarkan polis yang dikenali sebagai Hezran berumur 22 tahun itu merupakan seorang anggota yang pemalu dan tidak dapat membiasakan diri dengan wartawan dan lensa kamera.

Hezran tidak menyangka tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan akan dirakam, malahan tersebar di alam maya.

Polis muda yang mana ibu dan bapanya juga berkhidmat dalam pasukan polis itu ternyata terkejut apabila diberitahu rakan sekerja bahawa terdapat wartawan yang ingin bertemu dengannya.

"Gambar itu dirakamkan pada bulan April dan saya tak sangka ia akan tersebar selepas enam bulan," katanya kepada China Press.

Dalam pada itu, Malaysia Gazette mendapati ramai pengguna Internet yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi pujian kepada Hezran dalam laman Facebook PDRM.

Sesetengah pengguna Facebook turut menyeru orang ramai berlaku adil kepada polis kerana terdapat ramai polis yang baik, walaupun imej mereka tercemar oleh segelintir kecil polis yang kurang amanah.

Wednesday, 27 November 2013

Lelaki Hina Al-Quran Di Bakar!



HYDERABAD – Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.  

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis. 

“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya. 

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. – Reuters

Tuesday, 26 November 2013

Gambar Pasukan Kelantan Menunaikan Umrah

Pasukan Kelantan telah gagal memenangi Piala Malaysia pada tahun ini setelah ditewaskan Pahang dalam perlawanan akhir.

Namun begitu di atas persembahan yang menakjubkan beberapa tahun kebelakangan ini, dan di atas semangat sepasukan yang tinggi, pasukan Kelantan atau dikenali sebagai TRW telah beramai-ramai menunaikan umrah bersama-sama.

Pemain dan para pegawai menunaikan umrah, telah menziarahi kota Makkah dan Madinah selama 10 hari (17 November hingga 27 November).

Syukur kehadrat Illahi perjalanan mereka lancar sehingga artikel ini ditulis.

jom lihat beberapa keping gambar:






Monday, 25 November 2013

SENARAI RASMI PEMAIN KELANTAN 2014



Senarai Rasmi TRW 2014:

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (Gk)
24. Syazwan Yusoff (Gk)

Thursday, 21 November 2013

Misteri Villa Nabila Difilemkan

                        Misteri Villa Nabila bakal difilemkan oleh penerbit terkenal David Teo


Gol Paling Pelik Didunia

Gol Hardi yang tersenarai goal paling pelik didunia


5 Goal Terbaik Dari Piya

                                                     5 Goal terbaik dari Piya

Goal terbaik Safiq Rahim

Yang selalu kutuk Safiq Rahim tu jom lihat 8 gol terbaik dari beliau mohon jangan terkejut pula

Tuesday, 12 November 2013

Kejam! Kucing Dijadikan Bahan Hiasan

Ini sangat tidak patut!
Seorang lelaki Jepun yang tinggal di New York telah memperkenalkan satu hiasan baru yang dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Hiasan ini dibuat dengan sangat kejam iaitu memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi untuk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan berupa dadah ini selepas anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa.
Barangan hiasan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dipasarkan bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Pemuda Mati Selepas Main Komputer Selama 15 Jam Tanpa Henti


Seorang pemuda, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.
Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.
Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.
Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
“Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.
“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.
Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.

Wednesday, 6 November 2013

Ajal di dewan peperiksaan

PASIR PUTEH: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya sempat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 1 selama 30 minit sebelum rebah dan pengsan di dewan peperiksaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Anis, di sini, pagi tadi.
Pelajar terbabit, Nur Syazwani Arifin, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, Jalan Nara di sini, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi dan ketika ini masih dibedah siasat di hospital berkenaan untuk mengetahui punca kematiannya.
Bapa Nur Syazwani, Arifin Deraman, 48, berkata, anaknya demam sejak dua minggu lalu selain mengadu sakit belakang dan sesak nafas tetapi tidak teruk.

Katanya, walaupun demam, anaknya tetap belajar seperti biasa.

"Sehari sebelum peperiksaan, anak saya bersemangat untuk menduduki SPM demi menggapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah, selain ingin mengikuti tiga adik-beradik lain yang berjaya ke menara gading," katanya.

Sunday, 3 November 2013

Pemain Kelantan yang SAH Kekal 2014




Pemain Kelantan yang Kekal 2014 : Khairul fahmi Badhri Radzi (Kapten) Indra Putra Obinna Nwaneri Dickson Nwakaeme Fakri Saarani Nik Shahrul Azim Farisham Ismail Zairul Fitree Ishak INFO dari Tan Sri Annuar Musa sendiri.