Saturday 11 January 2014

Susu Meleleh Keluar Dari Mulut Kerana Di Sumpah Ibu

Susu Meleleh Keluar Dari Mulut Kerana Di Sumpah Ibu  | “Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.

 

Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.

Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa.

Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.

“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.

Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.

“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.

Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!

Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.

Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.

Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?

“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.

Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.

Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.

Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.

Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.

“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.

Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.
Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.

Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.

Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.

“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.

Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.

Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.

Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.

Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.

Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.

‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.

PANAS! Gaya Tudung Terbaru Lana Nordin Cetus Kontroversi?

Setelah berpisah dengan Johan As'ari, Lana Nordin pernah mengatakan yang dia akan terus bertudung walaupun tidak bersama Johan lagi, terbaru menerusi laman Instagramnya Lana Nordin memuatnaik dua gambar terkini beliau bertudung.




Seperti biasa, laman sosial akan mengundang pelbagai persepsi peminat. Ada yang beranggapan positif malah ada juga yang masih tidak yakin dengan tindakan Lana Nordin itu, apatah lagi caption Lana itu seolah hanya mahu mempromosi tudung yang dipakainya.
MM&I tq to my childhood frens @babybearhana for giving me this beautiful tudung n pls visit her nice collection stuff @hndcollections ...enjoy shopping guys
Apapun, kita janganlah kita terlalu cepat menghukum, berilah peluang & masa untuk beliau, sama-sama doakan agar Lana Nordin bertekad untuk benar-benar berhijrah seperti yang dikatakannya seperti sebelum ini.

Friday 10 January 2014

Maharaja Lawak Mega (2013) Minggu 9 - LIVE STREAMING !


Maharaja Lawak Mega (2013) Minggu 9 - LIVE STREAMING!


Minggu kelapan MLM 2013 bakal menyaksikan setiap kumpulan berentap dengan tema ‘Rancangan TV’. Adakah mereka mampu membawakan tema ini dengan baik sekali? Siapakah kumpulan yang bakal tersingkir kali ini?
Tugasan: Rancangan TV

Thursday 9 January 2014

Tanpa Bekerja, Orang Ini Jadi Jutawan Terkaya di Dunia

Tanpa Bekerja,  Orang Ini Jadi Jutawan Terkaya di Dunia




Vemale.com - Keluarga Rausing dikenal sebagai salah satu keluarga terkaya di Swedia. Tidak mengherankan jika Finn Rausing menjadi pewaris tahta kekayaan tersebut. Pria berusia 53 tahun ini menjadi jutawan ke-233 dengan kekayaan mencapai $ 5,2 miliar. Warisan itu sendiri diperoleh dari ibunya, Birgit Rausing.
Walaupun sudah mendapatkan harta kekayaan melimpah, Jorn tidak diam saja. Pria ini menjadi salah satu direksi di perusahaan pengemasan raksasa di Swedia, Tetra Laval, yang juga merupakan perusahaan yang didirikan kakeknya.

Anak 6 Tahun Jadi Jutawan dan Hidup Mewah Karena Cantik

Anak 6 Tahun Jadi Jutawan dan Hidup Mewah Karena Cantik


(c) Isabella Barrett's Official FacebookVemale.com - Biasanya, anak perempuan menghabiskan waktunya untuk sekolah, belajar dan bermain dengan teman-temannya. Anak perempuan yang satu ini berbeda, karena kecantikannya, dia berkali-kali memenangkan kontes kecantikan anak, menjadi miliarder dan menjalani gaya hidup mewah.
facebook
(c) Isabella Barrett's Official Facebook
Nama gadis kecil berambut pirang ini adalah Isabella Barrett. Usianya baru 6 tahun, tetapi dia sudah punya setumpuk uang berkat kerja kerasnya. Berkali-kali memenangkan kontes kecantikan sejak usia muda adalah kelebihan sekaligus berkah baginya. Karena hal itu juga, Isabella dinobatkan sebagai jutawan kecil, dilansir Dailymail.
Punya 60 Pasang Sepatu dan Suka Jadi Bos
"Siapa yang tidak suka jadi jutawan?" ujar Isabella pada surat kabar Daily Mirror. "Saya adalah seorang superstar, saya punya lini (merek) perhiasan sendiri dan saya suka jadi bos. Saya tidak pernah kehilangan apapun dan hampir selalu memenangkan kontes kecantikan yang saya ikuti. Tetapi apa yang paling saya suka adalah sepatu. Saya punya lebih dari 60 pasang sepatu," 
facebook
(c) Isabella Barrett's Official Facebook
Melihat kecenderungan Isabella untuk bergaya hidup mewah sejak kecil dan menjadikan kecantikan fisik sebagai aset, Susanna, ibu Isabella sekaligus pemilik bisnis perhiasan mengatakan bahwa dia tidak ingin putrinya tumbuh manja. "Anda bisa melihat bagaimana (kehidupan) bintang anak-anak seperti Britney Spears dan saya tentu tidak ingin hal itu terjadi pada putri saya. Tetapi dia (Isabella) melakukan hal yang baik, jadi kami akan merawatnya," ujar Susanna.
Rp 22 Juta Untuk Sekali Makan
Dengan banyaknya uang yang dimiliki Isabella dan rasa percaya diri besar karena berkali-kali memenangkan kontes kecantikan, gadis kecil ini menikmati hidup yang sangat mewah. Sang ibu mengatakan bahwa Isabella akan memilih hotel bintang lima setiap kali bepergian atau setiap kali mengikuti kontes kecantikan. "Dia bisa sedikit gila dan pernah menghabiskan $ 2.200 (sekitar Rp 22 juta) hanya untuk sekali makan. Dia tidak pernah pesan cheeseburger dan kentang goreng, selalu yang paling mahal seperti filet mignon dan lobster." ujar sang ibu.
facebook
(c) Isabella Barrett's Official Facebook
Sebagai bintang kontes kecantikan, Isabella harus memiliki banyak baju dan kostum yang bagus. Dia tidak main-main dengan hal ini, untuk satu kostum saja, dia bisa menghabiskan $ 10.000 (sekitar Rp 100 juta). Angka yang sangat fantastis bukan? Lima kostum yang dipakai Isabella bisa diubah jadi sebuah rumah mewah untuk ukuran rata-rata orang Indonesia.
Melihat banyaknya komentar negatif tentang Isabella dan anggapan orang bahwa apa yang dilakukan Isabella merupakan ambisi orang tua, ibu Isabella mengatakan "Saya bukan orang tua pemaksa, saya hanya membantu Isabella mencapai impiannya. Jika besok dia mengatakan tidak mau lagi melakukan semua ini, maka semua akan baik-baik saja,"
Bagaimana pendapat Anda, ladies?

Wednesday 8 January 2014

Gempar !! Gambar Jasad Bayi Terapung Bukan Rekaan

JASAD BAYI TERAPYNG

ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa. 

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.



“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya. 

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu. 



Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan. 

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar. 

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.[myMetro]

Tuesday 7 January 2014

Masukkan Cili Tumbuk Dalam Kemaluan Anak Tiri

Dera anak tiri dengan cili tumbuk

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. 
Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

Monday 6 January 2014

Hamil Selepas Berenang Di Kolam

WARSAW - Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

"Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir. 

"Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut," kata satu sumber industri pelancongan. 

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. - Agensi

Buru darah suci

Buru darah suci

Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.
Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.
Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.
Foto
AZMI menunjukkan kain kafan yang diikat pada badannya.

“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.
Kredit : Metro

Orang Paling Malas Di Dunia Berjaya Di Temui


Orang Paling Malas Di Dunia Berjaya Di Temui

Korang rasa korang seorang yang pemalas ?? Tapi jangan risau, di dunia ini ada lagi orang yang lagi malas nampaknya... memang pemalas sangat2 dah ni..


Ais pun x mampu untuk diclearkan





Malas nak bangun tukar channel


Malas nak alihkan sebelum cat walaupun kecil je barang tu


ni satu lagi kes yang same..


Bayi guna roda sbb x bole jalan, mak guna roda sebab MALAS


Ya ampun, sampai sanggup berbaris lama2..sama je sampai atas juga haizz


Dicetak di Hong Kong, tetapi dilipat di China..jauhnye


Ni lagi kes malas naik tangga..


gamer malas nak clearkan puntung rokok..


potong rumput pun nak guna kerusi roda


Habis la rumah terbakar kalo bomba MALAS mcm ni..


surfing yang paling MALAS


Lagi kes malas depan komputer..




p/s : Jangan la ikut macam mereka.. Jagalah kebersihan sekeliling anda..

Gambar Pertunangan Wan Zack Haikal Dan Syahifah Azmi 5 Januari 2014


Siapakah pemain harimau malaya yang sudah bertunang itu? Beliau adalah Wan Zack Haikal di mana dia telah memilih Syahifah Azmi sebagai tunang dia. Mungkin ramai orang di luar sana belum lagi mengenali Tunang Wan Zack Haikal ni iaitu Syahifah Azmi. Kalau korang nak sangat lihat gambar tunang wan zack haikal sila lihat gambar di bawah ini..

Gambar Pertunangan Wan Zack Haikal Dan Syahifah Azmi 5 Januari 2014



Menurut sumber , Wan Zack Haikal beliau baru saja melangsungkan majlis pertunangan wan zack haikal dengan Syahifah Azmi pada 5 Januari 2014 .Berita ini juga telah dihebahkan di media sosial iaitu di pemilik akaun twitter , tuan empunya diri itu sendiri yang telah mengupload gambar beliau bersama dengan tunang tercinta itu.

Sunday 5 January 2014

KISAH SEDIH JEP SEPAH SEBELUM BERGELAR PELAWAK!


KISAH BENAR KEHIDUPAN JEP SEPAH SEBELUM MENJADI PELAKON DAN PELAWAK | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Friday 3 January 2014

Mati Dalam Keadaan Bogel Dalam Kereta

Cinta sampai rentap nyawa

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita  dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.

"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.
Foto
POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir

"Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.

"Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.

Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.

"Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Kredit : Metro

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-8 Tonton Online Streaming

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-8 Tonton Online Streaming

Minggu kelapan MLM 2013 bakal menyaksikan setiap kumpulan berentap dengan tema ‘Rancangan TV’. Adakah mereka mampu membawakan tema ini dengan baik sekali? Siapakah kumpulan yang bakal tersingkir kali ini? (pencurimovie.cc)
Tugasan: Rancangan TV

Thursday 2 January 2014

Gadis Mengandung Selepas Pakai Selimut Adik Lelakinya


Alor Pongsu : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.

Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.

Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.

Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.

Video Cristiano Ronaldo Berang Dibuli Oleh Dani Alves

Jom tengok video Video Cristiano Ronaldo Berang Dibuli Oleh Dani Alves di bawah :

Jangan lupa SHARE!!!



Wednesday 1 January 2014

Misteri ! Kehidupan Lelaki Ini Tidak Tenang Hanya Kerana Sebiji Kurma

Kadangkala kita terdengar beberapa laungan yang disuarakan oleh masyarakat di negara ini. Antaranya tentang laungan jangan mengambil hak kami, kami mahu royalti kami, jangan ambil hak rakyat dan sebagainya. Pernahkah kita sedar bahawa betapa beratnya hukuman yang dikenakan ke atas kita apabila mengambil hak orang lain.Admin mahu membawa anda merenung tentang sebuah kisah seorang lelaki yang termakan sebiji kurma bukan miliknya. Hatinya tidak tenang sehingga memaksa mencari siapakah empunya biji kurma tersebut.
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekalan perjalanan, ia membeli kurma dari pedagang tua yang berniaga berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim terlihat sebutir kurma terjatuh dari meja berhampiran dengan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.


Setelah itu ia terus berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih satu tempat beribadah dalam ruangan di bawah Kubah Sakhra. Ia bersolat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara’ yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata malaikat yang satu.
“Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi..
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terasa cemas sekali, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
“Astaghfirullahal ‘adzhim” Ibrahim beristighfar. Terus ia berkemas untuk berangkat lagi menuju ke Mekkah untuk menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia bergegas terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemui pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. “Empat bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Di manakah ia sekarang ?” tanya Ibrahim.
“O, beliau sudah meninggal sebulan yang lalu, sekarang saya pula meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.
“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapakah saya boleh meminta untuk penghalalan?”. Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengar dengan penuh minat.
“Nah, begitulah” kata Ibrahim setelah bercerita.
“Saudara sebagai ahli waris orang tua itu, boleh saudara menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur saya makan tanpa izinnya?”.
“Bagi saya tidak masaalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani menghalalkan bagi pihak mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”
“Tolong berikan alamat saudara-saudaramu, biar saya temui mereka satu persatu.”
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudara anak muda itu. Biarpun berjauhan, akhirnya urusan itu selesai juga. Mereka semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang dimakan oleh Ibrahim secara tidak sengaja.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali berada di bawah Kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”
“O, tidak! Sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang beliau sudah bebas.”