Monday, 30 September 2013

Dakwaan Aaron Aziz Meninggal Dunia Adalah Palsu!


Sebuah laman web yang dikenali dengan nama Global Associated News melaporkan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ‘snow board’ di satu kawasan dikenali sebagai Zermatt Ski Resort di Switzerland.
Menurut laman web berkenaan, Aaron diterbangkan menggunakan helikopter untuk mendapat rawatan perubatan tetapi dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan.

Sebelum meneruskan lagi…biar kami beritahu bahawa berita itu adalah PALSU.
Alhamdulillah Aaron Aziz masih sihat dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT.

Selepas mewujudkan keriuhan dan menakutkan orang – di bawah berita itu ada disclaimer yang mengatakan berita ini 100 peratus palsu dan ini adalah laman web hiburan.

Kononnya berita berkenaan ditulis sebagai hiburan semata-mata.
Buat lawak dengan kebenaran nyawa orang semata-mata untuk hiburan.
Aaron mnampaknya enjadi mangsa ‘internet death hoax’.
Sayangnya setakat ini masih ramai yang percaya bahawa Aaron benar-benar telah meninggal dunia dan ia menjadi trending di Twitter.
“Is it true that aaron aziz died?!”
“For real ah Aaron Aziz died?!”
“Is aaron aziz really dead?!”
“Aaron Aziz dead?! Nooooooooo D’:”
Tolong sebarkan bahawa ia tidak benar dan Global Associated News hanya menipu. Aaron Aziz boleh pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas laman web itu yang penulis rasa beroperasi di luar negara.

p/s:  Ini adalah ulasan dari isteri Aaron Aziz iaitu Diyana Halik berkenaan isu yang menjadi semakin hangat ini;
 ”Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program Fear Factor. Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4 pagi waktu pagi waktu tempatan (10 malam di Cape Town),” jelasnya.
Diyana juga memberitahu;
“Keluarga di singapura ada menghubungi bagi bertanyakan hal tersebut, tetapi bagi keluarga rapat kami, mereka tahu suami saya kini berada di Cape Town.”
Diyana juga sempat meninggalkan pesanan buat mereka yang sering  mereka-reka cerita. 
“Biarlah orang nak buat apa. Saya rasa apa yang dilakukan ini saya penganiayaan buat kami sekeluarga. Hanya tuhan yang tahu,” pesannya.

Saturday, 28 September 2013

SENARAI 10 ARTIS LELAKI PALING COMEL DI MALAYSIA

RANKING 10 ARTIS LELAKI PALING COMEL DI MALAYSIA | Artis comel dan kacak pastinya menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Namun, tahukah anda ranking 10 artis Malaysia yang tercomel di Malaysia?

Check it out!


10. Kefli AF3


9. Erul AF9


8. Rizu Forteen


7.Hairul Azreen


6. Zain Saidin


5. Redza Minhat


4. Izzue Islam


3. Ariz Forteen


2. Zoey Rahman


1. Dafi

Ibu Lisa Surihani Semasa Muda Memang Sebijik Muka Lisa

Lisa Surihani sendiri telah berkongsi gambar ibunya ketika zaman muda dahulu di Facebook Lisa Surihani. Memang seiras betul wajah anak beranak ini. Benarlah kata orang, ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Sekali tengok, memang wajah muda ibu Lisa Surihani sama dengan wajah Lisa Surihani sekarang.
gambar mak lisa surihani



Cantik kan? kemungkinan besar ibu Lisa Surihani semasa muda pernah menjadi model untuk majalah-majalah. Apa pun, memang like mother like daughter sungguh mereka berdua ini. Sama cantik dan sama manis. Tak gitu?

P.S: Tahniah kepada Lisa Surihani kerana masih memegang takhta nombor 1 sebagai artis paling banyak peminat di Facebook dan Twitter. Anda memang hebat.

Gambar Mayat Puteri Diana Meninggal Kemalangan Tersebar (4 GAMBAR)

Gambar Mayat Puteri Diana Meninggal Kemalangan Tersebar (4 GAMBAR) | HARI ini di laman blog kakilepakz.blogspot.com dipaparkan gambar mayat mendiang bekas isteri Putera Charles, Puteri Diana yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997.

Gambar berkenaan turut disiarkan di laman web topnews.in sebuah laman portal berkaitan perundangan yang banyak membincangkan tentang kejadian kemalangan itu yang masih dibualkan sehingga hari ini.

Gambar itu menunjukkan mayat seorang wanita berambut perang dalam keeadaan ngeri di dalam beg mayat berwarna hitam. Disisinya terdapat beberapa orang anggota polis sedang memeriksa sesuatu dipercayai lokasi kemalangan itu.

Kemalangan itu berlaku di sebuah laluan bawah tanah di Pont de I’Alma di Paris, Perancis.

Turut maut dalam kemalangan itu Dodi Al-Fayed anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed yang juga teman lelakinya pada waktu itu, pengawal peribadi Kes Wingfield dan pemandu kereta Henri Paul.



Ketika itu Puteri Diana menaiki kereta jenis Mercedez Benz S280. Kemalangan berkenaan didalangi oleh konco-konco Putera Charles dek kerana hajat pasangan itu untuk bertunang seterusnya berkahwin.

Gambar mayat Diana itu adalah kemungkinan yang pertama kali disebarkan selepas tragedi kemalangan berkenaan.

Ekoran kemalangan Puteri Diana yang sepatutnya melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 1998 tidak sempat berbuat demikian.

Lawatan itu adalah undangan daripada ikon sosial dan kebajikan Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon yang banyak mengetuai banyak pertubuhan kebajikan di negeri bumi kenyalang itu.

Kami turut memaparkan beberapa gambar Puteri Diana bersama Dodi beberapa jam sebelum kemalangan itu.-