Saturday 28 September 2013

Ibu Lisa Surihani Semasa Muda Memang Sebijik Muka Lisa

Lisa Surihani sendiri telah berkongsi gambar ibunya ketika zaman muda dahulu di Facebook Lisa Surihani. Memang seiras betul wajah anak beranak ini. Benarlah kata orang, ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Sekali tengok, memang wajah muda ibu Lisa Surihani sama dengan wajah Lisa Surihani sekarang.
gambar mak lisa surihani



Cantik kan? kemungkinan besar ibu Lisa Surihani semasa muda pernah menjadi model untuk majalah-majalah. Apa pun, memang like mother like daughter sungguh mereka berdua ini. Sama cantik dan sama manis. Tak gitu?

P.S: Tahniah kepada Lisa Surihani kerana masih memegang takhta nombor 1 sebagai artis paling banyak peminat di Facebook dan Twitter. Anda memang hebat.