Sebuah laman web yang dikenali dengan nama Global Associated News melaporkan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ‘snow board’ di satu kawasan dikenali sebagai Zermatt Ski Resort di Switzerland.
Menurut laman web berkenaan, Aaron diterbangkan menggunakan helikopter untuk mendapat rawatan perubatan tetapi dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan.
Sebelum meneruskan lagi…biar kami beritahu bahawa berita itu adalah PALSU.
Alhamdulillah Aaron Aziz masih sihat dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT.
Selepas mewujudkan keriuhan dan menakutkan orang – di bawah berita itu ada disclaimer yang mengatakan berita ini 100 peratus palsu dan ini adalah laman web hiburan.
Kononnya berita berkenaan ditulis sebagai hiburan semata-mata.
Buat lawak dengan kebenaran nyawa orang semata-mata untuk hiburan.
Aaron mnampaknya enjadi mangsa ‘internet death hoax’.
Sayangnya setakat ini masih ramai yang percaya bahawa Aaron benar-benar telah meninggal dunia dan ia menjadi trending di Twitter.
“Is it true that aaron aziz died?!”
“For real ah Aaron Aziz died?!”
“Is aaron aziz really dead?!”
“Aaron Aziz dead?! Nooooooooo D’:”
Tolong sebarkan bahawa ia tidak benar dan Global Associated News hanya menipu. Aaron Aziz boleh pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas laman web itu yang penulis rasa beroperasi di luar negara.
p/s: Ini adalah ulasan dari isteri Aaron Aziz iaitu Diyana Halik berkenaan isu yang menjadi semakin hangat ini;
”Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program Fear Factor. Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4 pagi waktu pagi waktu tempatan (10 malam di Cape Town),” jelasnya.
Diyana juga memberitahu;
“Keluarga di singapura ada menghubungi bagi bertanyakan hal tersebut, tetapi bagi keluarga rapat kami, mereka tahu suami saya kini berada di Cape Town.”
Diyana juga sempat meninggalkan pesanan buat mereka yang sering mereka-reka cerita.
“Biarlah orang nak buat apa. Saya rasa apa yang dilakukan ini saya penganiayaan buat kami sekeluarga. Hanya tuhan yang tahu,” pesannya.