Tuesday, 29 October 2013

Friday, 25 October 2013

Nwakaeme Pemain Import Kelantan Dedah Rahsia Kekuatan Badan


Kota Bharu: Berlatih ala ‘tomoi’ dengan menendang dan menggelecek buah kelapa, malah sesekali menendang pokok kelapa selain mengangkat serta merempuh bebanan seberat 70 kilogram adalah rahsia kekuatan ‘Badang’ skuad Kelantan, Dickson Nwakaeme yang juga pemain kelahiran Lagos, Nigeria.
Malah, Nwakaeme sering berlatih di kawasan pantai sejak berusia 12 tahun bersama adiknya Anthony Nwakamae, 24, sekali gus membantu menguatkan otot dan tubuh pemain berusia 27 itu tanpa perlu menjalani latihan di gimnasium.

Bagaimanapun, bekas pemain Kelab Song Lam Nghe An, Vietnam itu berkata, elemen utama dia mampu melepasi kepungan pemain lawan adalah kekuatan minda kerana ia mengawal seluruh pergerakan tubuh.
Katanya, jika minda lemah, tubuh turut sama terganggu menyebabkan lawan mudah membaca serta mengekang pergerakannya di atas padang.

“Ketika berusia 12 tahun, saya dan adik sering berlatih bola sepak di tepi pantai, melakukan pelbagai aktiviti lasak, antaranya, mengangkat bebanan berat sejauh satu hingga dua kilometer setiap hari.

“Selain menggelecek buah kelapa, kami turut menendang pokok (kelapa) bagi menguatkan betis serta kaki dan melakukannya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV.
Foto
Nwakaeme (kiri) menjalani latihan bersama jurulatih kecergasan, Miro Petric.
Sebelum ini, jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan mengeluh pemainnya sukar mengawal Nwakaeme, seolah-olah pemain itu ‘makan besi’.

Mengenai aksi separuh akhir menentang ATM esok, Nwakaeme berkata, dia menjangkakan pertembungan sengit memandangkan peluang memburu tempat ke final Piala Malaysia masih terbuka.
“Saya akan gunakan segala pengalaman untuk membantu Kelantan layak ke final, seterusnya membawa kenangan manis pulang ke Nigeria”

Wednesday, 23 October 2013

Gambar : Banjir Lumpur, 2 Maut, Seorang Hilang, 80 Rumah Dihanyutkan Di Cameron Highlands


Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini. Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsayang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

“Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

“Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat,” katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah
dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

“Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands,” katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

“Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu,” katanya.

Tuesday, 22 October 2013

Tergempar! Hantu Muncul Ketika Lee Chong Wei vs Lin Dan

Tergempar! Hantu Muncul Ketika Lee Chong Wei vs Lin Dan Yang lemah semangat jangan tengok video ini :


PENGANTIN LELAKI 71 TAHUN PENGSAN TENGOK BAKAL ISTERI


Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.


“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin) .”



“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994.

Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.

Monday, 21 October 2013

C. Ronaldo @ Usain Bolt Paling Pantas?

C. Ronaldo @ Usain Bolt mana paling pantas nak tahu jom lihat video :


Aeril Zafrel jelaskan Isu Wawa Masih Tunangan Orang



Pelakon yang menjadi tumpuan bulan ini, Aeril Zafrel menjelaskan bahawa isterinya, Wawa Zainal dengan bekas tunang bernama Rashid sudah lama putus.

"Wawa bukan tunangan orang. Ketika kami berkawan, pertunangannya dengan lelaki itu sudah lama putus. Mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan.

"Malah, saya sendiri mengenali lelaki itu dan pernah berhubung dengannya ketika baru-baru berkawan dengan Wawa. Pada saya, itu perkara lama dan tak perlu dijadikan isu," ujarnya kepadaHarian Metro. 

Menurut Aeril, perkara tersebut sengaja dibangkitkan dengan hanya satu tujuan  iaitu untuk mengeruhkan lagi kontroversi yang melanda dirinya.

"Kami sudah berkahwin sekarang. Bagilah kami ruang untuk kecapi kebahagiaan pula."

Dalam pada itu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, telah menyerahkan isu kontrak isterinya dengan MIG kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

"Saya berjumpa SENIMAN bagi mendapatkan bantuan mereka untuk meredakan keadaan. Saya dan Wawa ambil pendekatan merujuk perakra ini kepada persatuan bagi menjernihkan semula situasi."

Sementara itu, Aeril berkata, buat masa ini dia enggan membuat sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang mengundang salah faham. 

Hukum Pakai Baju Cristiano Ronaldo

Hukum pakai baju Cristiano Ronaldo penjelasan dari UAI

Friday, 18 October 2013

Gol Berhantu Bayern Leverkusen

Jom saksikan gol berhantu dari pemain Bayern Leverkusen

PENYAKIT MENIMPA KE ATAS PEREMPUAN TIDAK BERTUDUNG


Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32) 

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???
(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)

AWAS KEPADA PEMEGANG KAD KREDIT!


Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih.
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!

Sila share kepada rakan-rakan anda. ♥ ♥ ♥

Thursday, 17 October 2013

3 Gambar Siti Nurhaliza Sambut Hari Raya Aidiladha

Comelnya eh Datuk Siti Nurhaliza ini. Beruntunglah Datuk K mendapat isteri yang sangat cantik, menawan dan penuh dengan aksi manja. Suka Abang Nara melihat kemesraan yang dipamerkan oleh pasangan suami isteri ini. Cute sangat-sangat!!!
siti nurhaliza raya
Semoga sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini berjalan lancar buat Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga. Sama-samalah kita doakan. Lagi 6 keping gambar penyanyi nombor 1 Malaysia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

siti nurhaliza raya
siti nurhaliza raya

Wednesday, 16 October 2013

MAINKAN SYAHADAH HANYA KERANA BOLA SEPAK!

BOLA PUNYA PASAL MAINKAN DUA KALIMAH SYAHADAH | Begitulah yang terjadi apabila seseorang taksub pada sesuatu tidak kira sama ada bola sepak mahupun benda lain. Ada antara mereka yang sanggup mempermainkan agama mereka sendiri.

Pada pendapat Mazeer, walaupun nama beliau Anonymous, beliau adalah seorang muslim yang terlalu taksub dengan sukan bola sepak.
Apa pandangan anda?

5 Cara Lajukan Internet Broadband Teknik Russia

Internet broadband anda lembab macam siput selepas habis kuota jom ikuti 5 cara ini dari teknik orang Russia




Aksi Berani Mati Khairul Fahmi Che Mat

Aksi Berani Mati Khairul Fahmi Che Mat Yang Hampir Membawa Padah Lihat video :

Tuesday, 15 October 2013

Wawa Zainal Kongsi Gambar Anaknya, Aeril Zafrel Tak Kisah Dihina

Kami pasti ramai yang ternanti-nanti mahu melihat wajah anak hasil perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Pasti comel kerana emak dan ayahnya pun cantik dan kacak. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Wawa Zainal telah berkongsi gambar permata hatinya.
gambar anak wawa zainal
Dengan caption “Menanti cahaya mata ini sedar.menatap kami berdua.rindu dengar tangisannya“, gambar ini telah mendapat lebih 16,000 LIKE daripada peminat Wawa Zainal. Banyak pihak yang mendoakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos yang lalu.
gambar anak wawa zainal
Sebelum itu Aeril Zafrel juga telah berkongsi gambar anaknya menggenggam jari seseorang. Dengan caption “Ya bunayya. (Wahai anakku) engkau dari #cintahalal aby&ummiy“, gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 24,000 LIKES. Malah Aeril Zafrel menerusi akaun Twitternya juga melahirkan rasa tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.
gambar anak wawa zainal
Nampak gayannya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah mula berani untuk berkongsi kisah hidup mereka selepas berkahwin. Nampak sangat bahagia dan ceria. Sama-samalah kita doakan agar mereka terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga apa yang telah terjadi dijadikan pengajaran buat mereka berdua dan kita semua.

Sunday, 13 October 2013

AWAS! BAHAYA LETAK BOTOL AIR DALAM KERETA!


Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya!!!! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.

Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda. Maklumat seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.
Seperti yg kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian blh bertukar kepada racun.

Friday, 11 October 2013

Sebab-sebab Aeril Zafrel & Wawa Zainal Merahsiakan Perkahwinan Mereka

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.

Kata Aeril Zafrel:-
Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.
Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia
Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-
Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab
gambar aeril dan wawa zainal nikah
Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo

Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.

Koleksi Gambar Pernikahan Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Berikut merupakan dua keping gambar yang di’ambil ketika majlis pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Harap dengan pengakuan pasangan ini semua sudah berpuas hati.

#39 Aeril Zafril & Wawa Zainal Akui Sudah Berkahwin - ROTIKAYA

Ya, Saya Dan Wawa Sudah Bernikah – Aeril Zafrel

Akhirnya segala persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.
Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 4 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-
Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.
aeril wawaMungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin. Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.

Punca Rajagopal Tak Panggil Piya Dalam Skuad Kebangsaan

Punca K. Rajagopal x panggil Piya dalam Skuad Kebangsaan terjawab. Lihat video :

Thursday, 10 October 2013

Sedih! Bayi Kembar 12 Terpaksa Dibunuh!


Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh berita ini.

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''

Wednesday, 9 October 2013

Senarai Pemain JDT 2014




Pelajar KPTM Meninggal Dirogol Hanya Berita Palsu

Daging Kambing: Rupa Rupanya Kita Ditipu Yahudi!

Para doktor menyarankan kita supaya mengelakkan daripada memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh sebab orang barat (Yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat Islam khususnya.

Tuesday, 8 October 2013

Siti minta peminat doa dapat zuriat


Siti minta peminat doa dapat zuriat

Kuala Lumpur: Sekali lagi isu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil mendapat perhatian apabila diperkatakan peminat di laman sosial Facebook gara-gara sekeping gambar yang menampakkan seolah-olah penyanyi itu berbadan dua.

Bagaimanapun ketika dihubungi semalam, Siti yang terkejut dengan perkembangan itu menafikan yang dia kini hamil. Sebaliknya penyanyi Biarlah Rahsia itu meminta semua peminat mendoakan agar ia menjadi kenyataan.


“Siti pun tidak tahu dari mana mereka mendapat cerita ini, tetapi ada kemungkinan daripada ‘tweet’ seorang peminat menerusi Twitter yang bertanyakan soalan mengenai anak. Terus terang, Siti belum ada rezeki lagi, tetapi minta-mintalah semua doakan agar ia menjadi kenyataan.

“Mungkin juga mereka tak sabar untuk tengok ‘baby’ Siti, tetapi Siti sendiri lagilah tak sabar. Bagaimanapun Siti reda kerana ia ketentuan-Nya dan Siti percaya, perancangan Allah lebih baik,” katanya. Sebelum ini, anak kelahiran Kuala Lipis berusaha untuk mendapatkan anak dengan pelbagai cara, baik moden mahupun tradisional, namun terpaksa akur dengan kehendak Ilahi.


“Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaan-Nya termasuk Siti. Sebagai manusia, Siti tetap berusaha yang terbaik. Bagaimanapun ada atau tidak (anak), Siti dan suami tetap bahagia seadanya bersama serta keluarga dan anak yang sedia ada,” katanya.


Apabila ditunjukkan gambar yang menjadi ‘perhatian’ di Facebook dalam kalangan peminatnya, Siti hanya tertawa kecil.



“Itu gambar tiga empat tahun lepas, masa Siti tengah menari dan jaket (yang dipakai) tertarik ke bawah hingga menampakkan perut seperti kembung,” katanya.




Syamsul Yusof Bergaduh Dengan Sharifah Amani di Twitter?

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung mengehadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.
Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-
Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.
Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-
Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul ‘terasa’ dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang ‘double standards’ yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .
Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana masalah berkenaan LPF sudah diperkatakan sejak dekad 80′an.
Apa pun diharap keduanya akan berbaik selepas ini, dan mungkin LPF patut memberikan perhatian kepada perkara ini untuk mengelakkan kritikan pada masa akan datang dan kesan negatif kepada industrri filem negara secara umumnya. Apa pendapat anda?

Monday, 7 October 2013

Sampai hati ustaz!

Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.
Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September. 

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.
Foto
PAHA kiri Muhamad Faiz menerima 30 jahitan.

Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain.

David Teoh Gam Aeril Zafrel, Sudi Terima Wawa Zainal

Tidak dapat dinafikan, David Teoh ialah individu yang mula-mula memperkenalkan Wawa Zainal ke industri filem melalui filem-filem terbitan syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MIG). Menurut laporan Berita Harian (BH) hari ini, walaupun kini sedang diselubungi kontroversi pernikahan rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel, David sudi menerima Wawa untuk terus berlakon di bawah syarikatnya.
Bagaimanapun, Aeril Zafril tidak akan dibenarkan berlakon filem terbitan MIG sampai bila-bila. Kata David:-
Wawa masih muda dan saya faham, wanita dalam usia sepertinya pasti ada melakukan kesilapan. Buat masa ini, saya hanya ingin mendengar penjelasannya berhubung perkara terbabit dan jika dia ingin kembali ke dunia lakonan, saya tetap akan menerimanya dengan hati terbuka.
Namun, buat Aeril, saya sudah serik dengan sikapnya yang pernah menipu, kononnya pergi belajar agama, tetapi dia pergi berlakon dengan produksi luar, Saya tidak lagi percaya dengannya dan tidak berminat langsung mengambilnya berlakon dengan produksi saya.

Cerita David Teoh lagi, dia bukanlah tidak membenarkan langsung artis di bawah syarikatnya untuk bercinta, tetapi biarlah hanya jika melepasi tahap kematangan serta sudah pandai membezakan yang baik dengan yang buruk. Contoh yang diberi oleh David ialah Lisa Surihani dan Intan Ladyana. Dan paling penting, jangan disorokkan percintaan tersebut.

David juga memberitahu, dia membenarkan Wawa bercuti panjang sebelum ini setelah Wawa memberikan alasan mahu berubat kerana ‘penyakit misteri’. Pihaknya pernah cuba memberi bantuan kepada Wawa berkenaan ‘penyakit misteri’ itu, namun ditolak mentah-mentah oleh pelakon tersebut.

Sunday, 6 October 2013

Pihak Aeril Zafrel Jawab Isu Kahwini Wawa Zainal


Pelakon Aeril Zafrel, 25, kini sedang diburu ramai pihak setelah kisah perkahwinannya dengan Wawa didedah oleh Berita Minggu (B*Pop).  ( berita kahwin dan gambar klik -> di sini )

Namun beliau enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal tidak mengiya atau tidak menidakkan kisah itu.

Pembantunya bernama Aman, berkata, ketika ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu. Maknanya mungkin episaod saman-menyaman akan berlaku.

"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya ketika dihubungi portal online mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.

Di Twitter milik pelakon ini, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya. -hotlips-

"Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini
"Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu,"