Pelakon Aeril Zafrel, 25, kini sedang diburu ramai pihak setelah kisah perkahwinannya dengan Wawa didedah oleh Berita Minggu (B*Pop). ( berita kahwin dan gambar klik -> di sini )
Namun beliau enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal tidak mengiya atau tidak menidakkan kisah itu.
Pembantunya bernama Aman, berkata, ketika ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu. Maknanya mungkin episaod saman-menyaman akan berlaku.
"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya ketika dihubungi portal online mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.
Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.
Di Twitter milik pelakon ini, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya. -hotlips-
"Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini
"Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu,"