Sunday 6 October 2013

Emma Maembong dikecam sebab kutuk JDT


Pada perlawanan bola yang lalu melibatkan pasukan Johor Darul Takzim ( JDT) menentang pasukan Kelantan pasukan JDT telah kalah teruk dengan mata 6-1.

Apabila kekalahan teruk yang dialami oleh pihak JDT ramai pihak mencemuh kerana prestasi pasukan tersebut tidak kurangnya seorang artis yang popular dikatakan telah meyindir pasukan tersebut dengan gelaran 'Jantan Dayus Team'.

Tindakan Emma Maembong memuat naik post artikal tersebut dilaman sosialnya telah mengundang seribu satu kemarahan dari pihak orang ramai. Gara-gara tindakan dia, Emma dikecam teruk oleh peminat-peminat pasukan tersebut. Bagi mengelakan lebih banyak kontroversi, Emma dikatakan telah membuang artikal post tersebut daripada laman sosialnya.

Difahamkan, post artikal tersebut sudah lama tersebar cuma Emma tidak bernasib baik kerana telah memuat naik kembali post tersebut seterusnya menimbulkan kontroversi. Kalau orang biasa mungkin tidak heboh sangat tapi kerana artis habis dicanang semua pihak.