Sunday 6 October 2013

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal Bernikah


Terkejut dengan sisipan B*POP Berita Harian apabila mendedahkan bahawa pasangan pelakon Aeril Zafril dan Wawa Zainal telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Ya berita ini amat mengejutkan tetapi telah menjawab persoalan keakraban dan misteri kehilangan Wawa Zainal pada tahun ini.

Mereka dikatakan telah bernikah pada pada 4 Februari 2013, dan dikatakan Wawa selamat melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos 2013 yang lalu dan berpantang di Sabah.

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunarimerupakan seorang model dan pelakon remaja popular di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara Musim Pertama.

Wawa Zainal (dilahirkan sebagai Nur Hawa binti Zainal Abidin; 12 Mac 1991) merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau menyerlahkan bakatnya dalam dunia peragaan sejak berusia 12 tahun. Beliau telah pertama kali berlakon dalam drama bersiri Ana Lulu.

Berita ini pasti mengejutkan ramai pihak dan pasti ramai yang tertunggu-tunggu gambar keluarga baru ini.