Tidak dapat dinafikan, David Teoh ialah individu yang mula-mula memperkenalkan Wawa Zainal ke industri filem melalui filem-filem terbitan syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MIG). Menurut laporan Berita Harian (BH) hari ini, walaupun kini sedang diselubungi kontroversi pernikahan rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel, David sudi menerima Wawa untuk terus berlakon di bawah syarikatnya.
Bagaimanapun, Aeril Zafril tidak akan dibenarkan berlakon filem terbitan MIG sampai bila-bila. Kata David:-
Wawa masih muda dan saya faham, wanita dalam usia sepertinya pasti ada melakukan kesilapan. Buat masa ini, saya hanya ingin mendengar penjelasannya berhubung perkara terbabit dan jika dia ingin kembali ke dunia lakonan, saya tetap akan menerimanya dengan hati terbuka.Namun, buat Aeril, saya sudah serik dengan sikapnya yang pernah menipu, kononnya pergi belajar agama, tetapi dia pergi berlakon dengan produksi luar, Saya tidak lagi percaya dengannya dan tidak berminat langsung mengambilnya berlakon dengan produksi saya.
Cerita David Teoh lagi, dia bukanlah tidak membenarkan langsung artis di bawah syarikatnya untuk bercinta, tetapi biarlah hanya jika melepasi tahap kematangan serta sudah pandai membezakan yang baik dengan yang buruk. Contoh yang diberi oleh David ialah Lisa Surihani dan Intan Ladyana. Dan paling penting, jangan disorokkan percintaan tersebut.
David juga memberitahu, dia membenarkan Wawa bercuti panjang sebelum ini setelah Wawa memberikan alasan mahu berubat kerana ‘penyakit misteri’. Pihaknya pernah cuba memberi bantuan kepada Wawa berkenaan ‘penyakit misteri’ itu, namun ditolak mentah-mentah oleh pelakon tersebut.
David juga memberitahu, dia membenarkan Wawa bercuti panjang sebelum ini setelah Wawa memberikan alasan mahu berubat kerana ‘penyakit misteri’. Pihaknya pernah cuba memberi bantuan kepada Wawa berkenaan ‘penyakit misteri’ itu, namun ditolak mentah-mentah oleh pelakon tersebut.