KASIHAN kami mendengar nasib sedih yang menimpa pelakon Dira Abu Zahar apabila dia disahkan keguguran sekitar bulan lalu.
Ceritanya, sewaktu kejadian itu berlaku, dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu, memetik laporan akhbar tempatan.
Ketika sedang bekerja, terdapat ketulan darah keluar dan dia terus ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.
Rupa-rupanya tanpa disedari, dia sebenarnya telah hamil enam minggu dan mengalami keguguran yang mungkin disebabkan terlalu aktif bekerja.
Biarpun agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof tidak kesampaian, Dira redha dengan apa yang berlaku.
Tak mengapalah. Mungkin bukan rezeki Dira kali ini.
Apa pun, jangan risau kerana masih ada lagi peluang lain di masa akan datang.