Saturday 21 December 2013

Gambar Majlis Perasmian Jersi terbaru JDT

JOHOR BAHRU: Syarikat pakaian sukan terkemuka Nike Malaysia mengorak langkah apabila menjadi penaja rasmi jersi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan bertanding dalam saingan liga super musim depan.
Sebagai penaja pakaian rasmi untuk pasukan Harimau Selatan, JDT akan menyarung jersi berwarna merah biru untuk pertandingan di Johor dan biru putih bagi kejohanan di negeri lain. 
Pelancaran jersi itu dilakukan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos dan perasmian majlis itu disempurnakan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berlangsung pada majlis itu adalah pengenalan 33 pemain yang akan bersama JDT pada musim depan.
Foto
Jurucakap Nike Malaysia berkata, pihaknya amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan pasukan berstatus bintang seperti JDT.

"Kami bersetuju untuk menaja jersi untuk JDT pada musim depan selepas melihat prestasi, kejayaan serta kebangkitan sukan bola sepak di negeri ini.