Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Baca dibawah ini Punca Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu :
Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke
pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi
24/12/2013 .. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama
kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku
akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan
Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video
ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri
daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.
Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik
seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut
dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara
negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah
maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada
dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita
hendaklah dipenuhi keyakinan.