Pasukan Harimau Muda A di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee selaku juara bertahan yang juga pemenang pingat emas untuk 2 edisi Sukan SEA yang lalu telah menyenaraikan 20 pemain diketuai oleh ketua pasukan, Irfan Fazail. Namun begitu, persiapan pasukan negara sedikit terencat apabila ramai pemain tidak dapat beraksi akibat kecederaan yang dialami antaranya Junior Eldstal, Wan Zaharulnizam, Syahrul Azwari, Fandi Othman, Nik Shahrul Azim serta beberapa pemain lain.
Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Brunei, Filipina, Laos, Singapura dan Vietnam. Berikut adalah senarai 20 pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan negara dalam mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar :
Penjaga Gol :
Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar
Pertahanan :
Shahrul Mohd Saad, D. Kenny Pallraj, Fadhli Shas, K.Reuben, Mohd. Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Wan Ahmad Amirzafran, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
Tengah :
Irfan Fazail (Ketua Pasukan), Mohd. Nazmi Faiz Mansor, Ashri Chucu, S.Sivanesan, D. Saarvindran, Nasir Basharuddin
Penyerang :
A. Thamil Arasu, Rozaimi Abd Rahman, Ahmad Hazwan Bakri, Izzaq Faris Ramlan